Rabu, 4 Mei 2011

BERSYUKURLAH....

1.Bagaimanakah pandangan orangramai kepada kita jika kita mempunyai kedudukan yang baik tapi terus merasa tidak puas hati dan terus menerus mempertikai tindakan ketua kita bahawa kita tidak diberi pertimbangan yang saksama seperti rakan-rakan kita yang lain.

2. Adakah kita sudah mencerminkan diri kita? Kita telah melakukan yang terbaik untuk kerja kita atau kita hanya melihat rakan kita melakukannya dan kita fikirkan dia sedang mengampu ketua kita.

3. Adakah tindakan kita menyakiti hati ketua kita dan rakan-rakan seperjuangan kita di laman sosial tidak diambil kisah oleh ketua kita dan rakan kita? Walaupun kita berhak menyatakan apa saja di laman web sosial ini.

4. Apakah dengan hanya datang ke tempat kerja, punch kad/tulis nama dalam buku kedatangan tanpa membuat apa-apa kerja dan cukup bulan kita dapat gaji sudah cukup dan mencapai maksud bekerja, halalkah gaji kita?? Elokkah diberi sebagai nafkah kepada isteri dan anak-anak kita.

5. Sebagai hamba Allah, kita perlu berpegang teguh kepada Rukun Islam dan Rukun Iman, supaya perjalanan hidup kita direstui dan diberkatinya. Percayalah kepada janji-janji Allah. Setiap satu yang terjadi kepada kita ada hikmahnya. Kita tak boleh jadi ketua, kemungkinan belum masanya lagi atau keupayaan kita belum mengizinkannya lagi. Kita hanya boleh menguruskan setakat kemampuan yang dikurniakan oleh Allah sahaja.

6. Jadi sujudlah kepadanya dengan penuh rasa syukur atas nikmat-nikmat yang dicurahkan kepada kita. Janganlah kita kufur kerana seksanya amatlah pedih.

7. Ingatlah kita ada tanggung jawab terhadap keluarga kita, anak-anak kita bergantung hidup kepada kita untuk menjamah sesuap nasi apa yang mereka hendakkan adalah makan yang suci dan bersih. Jadi berikanlah kepada mereka yang terbaik dari usaha kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan