Sabtu, 1 Ogos 2009

SELESEMA BABI (H1N1)

Wabak Selsema Babi, dilihat semakin merebak dengan cepat, setiap hari ada saja kes baru yang dilaporkan, sehingga kini lebih 1,000 kes dan lima kematian telah dikesan berlaku di negara kita. Banyak institusi pendidikan di tutup daripada sekolah rendah hinggalah ke Institusi Pengajian tinggi (IPT). Namun begitu kesedaran orang ramai mengenai wabak maut ini.
Langkah menangani wabak ini dilihat tidak begitu serius, hanya beberapa jabatan yang bersungguh-sungguh untuk menangani wabak ini, sementara yang lainnya melihat wabak ini sebagai wabak biasa seperti taun, tibi dan lain-lainnya.
Cara menangani wabak ini juga dilihat tidak praktikal. Pelajar-pelajar IPT yang ditutup diarahkan pulang ke kampung masing-masing, dan adakah langkah ini betul atau kita membantu menyebar luaskan virus ini? kerana mereka ini adalah golongan berisiko tinggi sebagai penyebar virus ini.
Langkah pihak bertanggungjawab melaporkan 98% kes-kes yang berlaku di negara ini telah sembuh dilihat juga sebagai pendorong kepada sikap tidak kisah rakyat terhadap wabak ini.
Sekarang ini kita agak keliru dengan bagaimanakah kesudahannya? Apakah kita akan terus membiarkan wabak ini bermaharajalela dan ia berhenti dengan sendirinya atau kita sama-sama berusaha mencegahnya dengan meneliti dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap wabak ini seperti : 1. Sentiasa sensitif terhadap keadaan kesihatan keluarga kita, 2. Memakai penutup hidung semasa berada di kawasan tumpuan (Pasaraya, Pesta atau lain-lain), 3. Memastikan persekitaran kita terutama kawasan rumah kita sentiasa bersih dan bebas daripada sebarang pembawa virus.
Moga-moga dengan langkah-langkah yang dilihat kecil ini akan dapat memberi sumbangan ke arah kesihatan masyarakat kita.
Sekian