1. Kebelakangan ini, media sering melaporkan beberapa kejadian yang tidak menyenangkan berlaku di sekolah yang melibatkan disiplin pelajar. Anak-anak remaja kita semakin berani menentang arus budaya masyarakat kita. Mereka seolah-olah sudah hilang jati diri dalam menghadapi sesuatu situasi, tindakan yang mereka ambil seperti yang ditiru daripada budaya barat.
2. Saya melihat perkembangan ini sebagai satu kejayaan negara-negara barat dalam menggerakkan agenda mereka terhadap negara-negara membangun, negara-negara sedang membangun dan negara-negara miskin yang bertujuan untuk menjajah. Tetapi penjajahan dalam era ini adalah penjajahan bentuk baru. Berikut saya memaparkan beberapa petikan dari apa yang saya dapati dari sebuah Buku karangan Ruhanie Hj Ahmad - PATRIOTISME MALAYSIA PENANGKIS NEOIMPERIALISME
3. Remaja dan belia kita begitu terdedah dengan salah satu agenda penjajahan bentuk baru ini iaitu penjajahan budaya. Para pengkaji sains politik berpendapat 'penjajahan budaya ini hampir-hampir menawan seluruh jagat'. Gerakan penjajahan budaya yang dibuat oleh negara-negara maju ini amat membahaya kepada kelangsungan agama, akhlak, moral, budaya dan adat resam kita.
4. Gerakan ini dilaksanakan melalui subversion dan indoktrinasi minda yang dilakukan secara halus dan terancang. Gerakan ini mensasarkan seluruh umat manusia dari peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa.
5. Proses ini dijelmakan dalam bentuk yang hedonistik, menarik, menyeronok, menghibur, menggoda, menawan, mempersona, mengkhayal dan mengalpakan. Paling menonjol adalah dalam pelbagai bentuk hiburan.
6. Gerakan ini digerakkan oleh NGOs dan entiti perniagaan yang menawarkan produk atau perkhidmatan untuk menarik generasi muda dan golongan kaya supaya menjadi manusia yang gemar melepak, boros dan alpa dan akhirnya runtuh nilai moral, semangat patriotisme, pegangan agama dan akidah.
7. Gerakan ini dijalankan secara halus, konsisten dan bijaksana sehingga kita tidak menyedari bahawa kita sedang melalui proses kebinasaan. Matlamat gerakan ini ialah untuk mewujudkan generasi muda dunia yang tidak percaya kepada agama, tidak mematuhi adat resam dan budaya bangsanya sendiri, tidak mempunyai semangat kenegaraan dan patriotisme serta tidak mementingkan aspek-aspek kemurnian akhlak, ilmu, akal dan budi.
8. Jika dilihat daripada perkembangan disiplin pelajar kini, bolehlah kita bertanya. Apakah kita semua sedang melalui proses kebinasaan ini???? atau pun, Adakah hanya remaja dan belia kita sahaja sedang melalui proses ini???
Sabtu, 7 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan