1. Nampaknya cuaca panas begitu terasa sekarang ni. Tapi kita belum lagi ada masalah bekalan air, syukur kepada yang esa. Tapi kita jangan lupa kiranya keadaan seperti ini berpanjangan kita akan menghadapi berbagai masalah.
2. Saya dapati kita mula hadapi kebakaran kecil. Rumput yang kering akibat kemarau dilihat terbakar dengan mudah, memadai hanya dengan membuang puntung rokok sahaja.
3. Saya rasa cukup gerun dengan kebakaran yang berlaku di Australia, kawasan yang terbakar begitu luas dan amat sukar untuk dikawal. Khainat adalah punca kebakaran ini.
4. Hari ini jerubu dilihat mula melanda beberapa negeri yang datang nya dari negara jiran, satulagi fenomena yang berlaku di musim ini. Tapi masih ramai kita membakar sampah terutamanya daun-daun kering yang luruh di musim ini. Ini membantu kejadian jerubu.
5. Pihak berkuasa tempatan di Jitra tidak memungut daun kering, ranting kering batang pokok walaupun kita tempatkan ditempat membuang sampah dihadapan rumah kita. Mereka hanya pungut sampah yang diisi dalam plastik. Ini mendorong kita untuk membakar sampah berkenaan. PBT juga dilihat penyumbang jerubu.
6. Jadi sebelum kita menghadapi berbagai masalah disebabkan kemarau kita perlu berhati-hati. Jimatlah menggunakan air, berhati-hati bila membuang puntung rokok, jangan lakukan pembakaran terbuka, dan pihak berkuasa cuba kaji pungutlah sampah yang dilonggok sekurang-kurang dijadualkan seminggu sekali agar amalan membakar dapat dikurangkan.
Khamis, 12 Februari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan