1. Kesan kegawatan ekonomi global semakin dirasai. Ramai rakan kita kehilangan pekerjaan, bermakna mereka kehilangan sumber pendapatan untuk menyara hidup mereka, keluarga mereka dan berbagai lagi.
2. Tetapi terdapat di kalangan kita yang masih belum terasa bahang ini, terutama kakitangan kerajaan yang dilihat mengharungi zaman pahit ini dengan selesa. Masih boleh makan malam di luar bersama rakan taulan atau pun bersama keluarga.
3. Ada yang masih mampu untuk membeli belah di pasaraya yang menawarkan harga istimewa bagi menarik lebih ramai pelanggan kerana bimbang perniagaan mereka merosot.
4. Walau apa pun keadaannya, kita harus sedar bahawa kita berada dalam keadaan GAWAT. Jadi lebih baik kita berhati dalam mengatur langkah sekarang, mana tahu kesan kegawatan ini mungkin semakin teruk dan menjejaskan semua sektor pula.
5. Kita harus berbelanja secara berhemah sekarang bagi membantu mengatasi kegawatan ini. Dengan ini kita dapat mengurangkan impak kegawatan ini terhadap kita di seluruh negara walaupun ia tidak begitu ketara kepada kita.
6. Kita harus berbelanja dalam negara kita. Beli barangan keluaran negara kita, ini akan merancakkan perkembangan ekonomi tempatan. Kualiti sebahagian barangan buatan negara kita jauh lebih baik daripada kualiti yang dihasilkan oleh negara jiran, harganya pula berpatutan dan adakalanya lebih murah daripada keluaran negara jiran.
7. Kita juga harus mengusahakan kebun dapur. Kemungkinan ada yang menggangap berapa sen sangat kita boleh berjimat. Alangkah baiknya jika fikir untuk berjimat beberapa sen sehari daripada kita berbelanja beberapa ringgit sehari.
8. Marilah kita sama-sama menghulurkan sedikit pengorbanan bagi membantu, rakan-rakan kita yang kehilangan pekerjaan dengan berbelanja secara berhemah dengan membeli barangan tempatan, berbelanja di negara sendiri dan cuba berjimat dalam perbelanjaan harian dengan memperaktikkan kebun dapur yang juga mampu untuk menyihatkan kita.
Ahad, 1 Februari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan