Semalam saya berkunjung ke sebuah perkampungan yang didaimi oleh masyarakat Thai, saya sempat berbual dengan beberapa orang pemimpinnya. Topik hanya berkisar kepada isu-isu semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara. Apa yang menarik dalam perbualan saya ini ialah tentang isu Israel, masyarakat Thai di sini yang bukan beragama Islam turut melahirkan rasa simpati dengan rakyat Palestin, walau pun mereka sedang menghadapi penurunan harga getah sekarang ini.
Hari ini saya pergi sembahyang jumaat, sebelum sembahyang Tok Imam ceramah berapi-rapi marahkan Israel. Lepas sembahyang jumaat, diadakan pula solat hajat mohon Allah turunkan pembalasan kepada Israel. Saya tengok cara mengaminkan doa selapas sembahyang hajat tu begitu bersemangat, naik meremang tengkok dibuatnya.
Lepas tu, saya ke kedai gunting rambut, seorang cina keturunan Thai, yang wataknya agak lembut turut mengutuk Israel sebagai sangat kejam.
Begitulah rakyat Malaysia kini pada pandangan saya begitu marah, sedih, geram dan meluat dengan sikap Israel yang saya anggap cukup bacul kerana menyerang musuhnya yang telah diikat tangan dan kakinya.
Rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama berdoa dari hati yang penuh dengan keikhlasan supaya Israel diberi pembalasan oleh ALLAH SWT, disamping itu marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin
Jumaat, 9 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan