1. Kita mula merasai kesan kegawatan ekonomi dunia. Ramai pekerja sektor industri mula diberi cuti dan ada juga yang telah diberhentikan. Yang sedihnya ada yang diberhentikan tidak diberi sebarang pampasan.
2. Saya terfikir, bagaimana nasib mereka, keluarga mereka selepas ini, walaupun kerajaan mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan beban mereka, tetapi tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah mereka seratus peratus.
3. Saya amat kesal sekirannya benar dakwaan, majikan lebih mengutamakan pekerja asing daripada pekerja rakyat tempatan. Jika ini berlaku majikan-majikan ini wajar dikenakan tindakan kerana perbuatan ini boleh dianggap 'mengsabotaj' ekonomi negara kita.
4. Rakan-rakan yang terkena tempias kegawatan ekonomi dunia ini, bertenanglah menghadapi dugaan ini. Berat Mata Memandang, Berat lagu bahu memikul. Marilah kita merenung sejenak untuk mencari jalan keluar agar kemelut yang kita hadapi ini dapat kita rungkaikan dengan penuh berhemah.
5. Baru-baru ini saya sempat berbual dengan seorang rakan yang berkhidmat di Kementerian Pertanian. Dia beri tahu kepada saya banyak program dalam bidang pertanian boleh kita ceburi. Antaranya ternakan ayam kampung, ternakan ikan keli, ternakan kambing. Bidang-bidang ini sedang giat diperkenalkan kepada individu yang berminat. Jadi rajin-rajinlah kita menjenguk ke Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan lain-lain agensi di bawah Kementerian Pertanian.
6. Mungkin saranan saya ini, tidak releven dengan bidang yang pernah kita ceburi, tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menukar bidang. Saya yakin ia tidak akan selesa tetapi kita akan merasa selesa bila hasil dituai atau apabila kita 'mangli' kata orang Kedah dengan suasana berkenaan.
7. Usah kita malu untuk kembali ke kampung untuk mengusahakan tanah-tanah yang terbiar di kampung kita. Marilah melakukan dengan niat untuk merubah nasib kita dan merubah nasib orang-orang kampung kita dengan menceburi bidang yang dianggap tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan ini.
8. Marilah kita membina kekuatan kita sendiri tanpa bergantung kepada mana-mana pihak, kerana hidup yang selalu bergantungan tanpa memiliki kekuatan sendiri akan menempah banyak risiko.
Sekian.
Rabu, 21 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan