Jitra, pekan kecil yang membangun dengan pantas dan cekap kerana sokongan program pembangunan asas oleh kerajaan. Institusi Pendidikan Tinggi yang tumbuh di sekitarnya, menjadikan pekan ini berkembangan dengan Taman-Taman Perumahan yang lengkap dengan deretan rumah kedai dan kawasan taman perumahan menjadi kawasan perniagaan yang menjadi sokongan kepada pekan Jitra.
Kenderaan semakin bertambah, jalan raya menjadi sesak dan sibuk di waktu puncak walau pun sudah dipertingkatkan menjadi empat lorong, tetapi aliran lalulintasnya tidak banyak berubah.
Kenderaan yang datang dari arah Jalan Kodiang (dua lorong ) dan ingin menghala ke Alor Star berebut-rebut untuk mendapatkan lorong kiri, kerana lorong kanan hanya untuk ke arah Kampung Aman tidak di lepaskan serentak di lampu isyarat berkenaan.
Lebih melecehkan lagi ada pula kenderaan yang diletakkan disepanjang jalan berkenaan dan ramai orang melintas kerana membeli belah di pasar berhadapan dengan SRJK Chung Hwa Jitra.
Apabila melalui Pekan Jitra II pula, kenderaan ingin keluar di lampu isyarat Maybank pula terpaksa beratur sehingga ke kawasan pasar besar kerana itu sahaja satu-satu jalan keluar dari kawasan pekan tersebut. Cukup membosankan. Papan tunjuk arah tidak jelas. Kenderaan sesuka hati masuk jalan yang salah dan temapt letak kereta dipenuhi dengan motosikal, macam pekan yang tidak terurus.
Jitra akan menjadi tempat yang menjadi pilihan untuk didiami sekiranya, aliran lalulintasnya diuruskan dengan baik dan pembaharuan aliran lalulintasnya yang dibuat biarlah tepat dengan perkembangan dan pertumbuhannya. Semoga Jitra terus maju dan menjadi pusat perkembangan pendidikan di Negeri Kedah.
Sabtu, 10 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan