Dengan penuh rasa keinsafan, saya bersyukur kerana tinggal di sebuah negara yang tidak berdepan dengan peperangan. Ini setelah saya menatap akhbar harian hari ini yang menyiarkan gambar-gambar mangsa kekejaman Yahudi di bumi Palestin. Saya tidak dapat menggambarkan betapa sedihnya ibubapa yang kehilangan anak-anak yang dibesarkan dengan penuh rasa kasih dan sayang.
Negara kita mendesak PBB mengadakan sidang khas untuk membincangkan isu ini. NGO, parti siasah, ahli-ahli akademik, negarawan dan individu di negara ini melahirkan bantahan dan cadangan supaya Isreal dikenakan tindakan. Antara yang menarik ia memboikot barang-barang keluaran Israel dan Amerika yang terus menerus menyokong Israel.
Saya melihat cadangan-cadangan yang dikemukakan adalah logik kerana itu satu-satu jalan yang paling mudah kita buat. Namun beberapa persoalan timbul, antaranya:-
- Apakah barang-barang keluaran negara-negara berkenaan yang bakal kita boikot dan tindakan itu boleh memberi impak kepada mereka
- Adakah kita mesti memboikot barang-barang sahaja? Atau kita juga mesti menolak mana-mana NGO dan individu yang pro Amerika dan Israel.
Apa pun Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) atau mana-mana NGO wajar mengadakan ‘road show’ untuk berkempen supaya semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian mengambil tindakan memboikot ini. Senaraikan nama barangan yang boleh diboikot senaraikan mana NGO yang pro Amerika-Israel, supaya rakyat Malaysia terpimpin dengan tindakan ini.
Isnin, 5 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan